Wednesday, 27 September 2017

Part 4 - Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)

(DAY 3 - 15 february 2017, Wednesday - Ho chi minh city)

Hari ni adalah hari ketiga nura di ho chi minh sebab esok nura akan berangkat ke phu quoc island. untuk aktiviti nura harini adalah jalan-jalan sekitar bandar ho chi minh dan planning harini nak cari souvenier dan luggage baru, korang kalo datang sini wajib beli luggage tau atau tukar luggage baru, sebab dekat sini serius murah gilaa luggage. jadi en.husband, mama & ayah memang tak terlepas dari shopping luggage.. huhuhu...

pagi ni kami breakfast macam biasa dekat tingkat 7 tu. kami makan buah-buahan dan minta dia masakan omelet untuk kami. makanan lain kami tak sentuh pon. lepas breakfast kami terus jalan-jalan sekitar bandar dan selfie. puas kami selfie, baru kami terus menuju ke ben than market. dekat sini habis masa berjam-jam, mana tak nya tawaf satu ben then tu, sbb kalo korang betul-betul nak membeli terus je datang kedai tu tawar dengan harga yang tak masuk akal. faham tak? ini tips dari nura, kebanyakkannya peniaga dekat sini dorang tak kan hilangkan customer, dorang akan pujuk customer sampai customer beli, jadi ni kesempatan korang, korang letak la harga yang tak masuk akal. contohnya, mcm harga tu dia markup rm20, korang mintak harga rm5, mintak je rm5 dan yakin kan dorang kalo korang akan beli dengan harga rm5. jujur dia akan rayu-rayu korang, korang buat tak tahu je dan ckp "i nak rm5". dan guest what dorang akan setuju tau.! sbb terjadi pada diri nura, time nak beli fridge magnet, harga dia rm30, nura mintak rm5 untuk 5 fridge magnet, first tu mmg tak bagi, lepas tu nura acah-acah nak belah, die terus tarik tangan nura, "okay kakak rm5", so nura bayarla rm5 tu.. hehehe begitu juga dengan luggage. mmg dapat murah harga luggage rm300 + + kami terus mintak harga yang tak masuk akal. mintak rm50 dia tak bagi, last2 mintak rm80 dia setuju, kami beli 2 bag, jadi dua bag harga rm160 la..

kalo nak shopping dekat ben than market datang pagi.. sebab kite adalah first customer dorang, orang cakap "pecah telur" so nak ta nak dorang akan cari customer untuk pecahkan telur kosong. macam kita juga kalau meniaga, setiap pagi sape lah yang akan jadi first customer kita, bila nak buka bill, mcm tu la dorang. sebab tu sila datang pagi dalam pkol 10-11 pagi mcm tu. kalo dah petang datang tak best sgt. sbb kalo tawar harga tak masuk akal dorang mesti tak heran sbb dah dapat customer banyak. jadi tips nura kalo nak dapat harga tak masuk akal datang awal.

shoping dan shopping sedar tak sedar dah petang.. hahah, kami terus pergi ke super market untuk beli stock makanan macam maggie sbb esok kan nak ke pulau, risau dekat sana ta jumpa makanan halal, tu yang beli stock maggie dekat super market ni.. lepas tu kalo datang ke vietnam jangan lupa rasa dorang punya kopi vietnam yang dorang jual dekat kaki lima.. serius sedapp. kopi ais die memang kaw-kaw. ouhh ya ! sekitar ben than market dan malaysia street sini dorang pandai cakap bahasa melayu, jadi korang ckp bahasa melayu je, bahasa english dorang tak faham.

kami beli dengan minah ni.. dia buat kopi mmg sedap
lepas beli kopi ais, kami balik hotel, dan pening malam ni nak makan dekat mana, kami dah ta nak makan dekat hajah basiro tu sebab mahal dan tak sedap. jadi kami jalan- jalan sekitar hotel eden garden je.. dan kami terjumpa kedai makan ni 'HUMMUS & GRILL restaurant"

high recommend !
seriussss sedap gilaaa makan dekat restaurant ni. ini adalah restaurant HALAL berkonsepkan ala makanan arab macam tu. restaurant ni terletak betul-betul depan hotel eden garden yang kiteorang menginap tu. mmg tak ramai yang datang ke restaurant ni sbb macam tak nampak. sepanjang restaurant kiri kana penuh dengan pub dan makan non-halal, sebab tu tak nampak restaurant ni, ini pon mama yang tegur, jum try makan dekat sini. dia punya decorasi restoran agak mewah dan selesa, time tu rasa macam risau nak makan dekat sini, yela risau mahal ke kan.. so kami mmg nak cuba dan kami bawaklah budget lebih sikit. sekali masuk taraaaaa.. ta de la mahal mana pon, harga lebih kurang macam hajah basiroh tapi seriusss makanan dekat sini mmg SEDAP GILAAAA... 

buku menu restaurant hummas
dekat restaurant ni dapat free cold water, kami order ayam grill, nasi special  & regular pizza.. dorang punya serve pon memang terbaik, siap hidang set sudu garpu. owner restaurant ni orang arab dan beragama islam, jadi mmg restoran ni adalah restoran halal dan selamat untuk di makan.

sudu, garpu dan pisau.. time ni waiting our food.
dekat restoran ni ada toilet, so kalo tengah makan nak membuang boleh pergi ke toilet dia dekat atas, toilet pon bersih. tak lama pun menunggu akhirnyaaa makanan yang kami pesan pon siap di hidang.. 

gambar kurang menarik sebab guna phone biasa, phone nura habis batery.
gambar nampak blur mcm tu, tapi ta pela, yang penting sedap dan puas hati. sambal salsa dia mmg sedap sgt. kiteorang siap mintak tambah sambal, sambal tu makan dengan ayam grill tu. pokoknya sedap laa.. nura sangat-sangat high recommend untuk korang yang nak makan dekat vietnam cuba try makan dekat sini. mmg sedap berbanding makanan dekat malaysia street sana. pizza dia pon sedap. lepas makan, kiteorang siap tapau pizza dia satu lagi bawa balik hotel. huhuhu lepas makan dekat hummus restaurant baru la terasa akhirnya dapat juga makan makanan sedap dekat vietnam.. hahaha

perjalanan ke hotel eden garden, restoran hummus depan hotel eden garden
macam ni la gambar sekitar ho chi minh city, crowded ini pon masuk lorong time nak balik ke hotel. malam ni kami siap-siap packing barang sebab esok nak check out.. esok kami akan fly ke phu quoc island.. destinasi pulau yang dinanti-nanti kan.. wahh tak sabarnyaa..

NOTA: dekat ho chi minh ni tak banyak aktiviti pon, best cuma untuk shopping sebab harga murah. udara dekat ho chi minh ni pon tak seberapa okay, sebab banyak sangat motor, jadi habuk berleluasa, jauh beza dari KL, untuk pengetahuan korang kami berlima dah start demam dan batuk-batuk.. mungkin kami tak serasi cuaca dekat sini... tapi kami tetap bersemangat untuk bercuti ke phu quoc island.. macam mana view dekat phu quoc island? teruskan membaca ke next enty nura yaa..








No comments:

Post a Comment

Part 6 - Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)

(DAY 5 - 17 february 2017, Wednesday - Ho chi minh city) Yeaaahhh harini aktiviti kiteorang adalah snorkeling di phu quoc island. bangu...