Wednesday, 27 September 2017

Part 3 - Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)

(DAY 2 - 14 february 2017, Tuesday - Ho chi minh city)

hari kedua di ho chi minh kami berlima plan ke mekong delta, kiteorang amik pakej dengan hotel sahaja, so pukol 9.30 pagi dah kena siap-siap, tour untuk ke mekong delta amik masa 1 hari dari pagi ke petang.. maaf dah lupa la berapa cost per head untuk ke mekong, tapi yang pasti murah dari dekat luar. pay with dollar okayyyyy

pagi tu actually excited sangat sebab nak tahu menu breakfast buffet die, tengok dalam gambar agoda macam sedap je.. jadi pagi tu bangun terus ke tingat atas, eden garden hotel breakfast die dekat level atas sekali tingat 7 tak silap, masuk je cafe wahhh tengok macam-macam ada, TAPI NON-HALAL.. huargghhhhh.. stress nura.. macam mana nura tahu non halal? sebab die ada serve bacon, i know it can be beef bacon etc, tapi bila my husband tanya chef tu, die cakap "piq bacon" korang rasa?? start dari situ rasa macam tak berani nak sentuh makanan dia. Jadi kiteorang just makan buah pisang yang tersedia. dia ada buat mee sup jugak, sup macam sup daging, seriusly bau sedap, mungkin sebab lapar bangun pagi, kiteorang tanya ingredient dalam sup tu "dia jawab pork" warrghhh korang rase? hmmm mmg non halal la jawabnyaaa.. sebab tu nura sgt-sgt tak recommend hotel ni dekat korang, nak stay dekat sini boleh, tapi tak payah join dia punya breakfast walaupun booking dah included breakfast.

pkol 10 pagi berkumpul di satu tempat, dan menunggu ketibaan bas yang bawa kiteorang tour. apabila bas datang cepat-cepatla naik sebab nak cop tempat duduk. tempat duduk tu tak boleh tukar-tukar. katakan pagi duduk dekat situ, sampai habis tour pon kena duduk tempat yang sama. dalam bas tu akan ada seorang tour guide kiteorang. ouhh ya tour ni campur dengan pelancong lain. banyak mat salleh.. huhuhu

mula la perjalanan ke mekong.. perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam.. kiteorang tengok environment vietnam ni dari dalam bas, negara dorang penuh dengan padi, tapi setiap ladang padi dieorang mesti ada jirat (kubur) rasanya jirat tok moyang kot ataupun penjaga ladang padi tersebut.. dan negara dorang ni banyak penunggang motosikal. setahun berjuta-juta dorang import motor. sebab tu motor adalah pengangkutan dorang no.1. semasa dalam perjalanan ke mekong delta, kami diberhentikan ke tempat tarikan pelancongan di vietnam, iaitu lawatan ke tokong budda diorang.. majority agama dorang di vietnam adalah budda, jadi kami dibawa sekitar tokong mereka dan diterangkan sejarah agama budda datang ke vietnam. dan simbul patung-patung tersebut.

selfie bersama patong. serius besar..
selepas lawatan ke tokong budda, kami terus menuju ke mekong delta. dah ta de stop-stop dah lepas tu.. tour tu terus zoom ke mekong, nak ke mekong kite kena naik boat. so, bas akan berhenti ke pelabuhan dan kami semua kena naik boat. mati-mati nura ingat sungai mekong tu cantik, rupanya sungai mekong tu air dia mcm "air teh ais" coklat-coklat dan berbau. ta pela, nama pun bercuti, kita enjoy je mengenal budaya dekat sini. dengan aliran sungai mekong ni kalo naik boat kite boleh tembus ke cambodia dan lagi dua negara nura tak ingat. hehe.

warna air laut atau sungai mekong delta
menurut tour guide kiteorang mekong ni adalah sebuah pulau yang dinamakan mekong.. sebab tu nak ke mekong kena naik boat, speed boat macam tu, yang ni dah termasok package tour. sampai je mekong lawatan seterusnya kami di bawa ke tempat process madu. bila diperhatikan orang-orang vietnam ni cantik-cantik dan seksi, kulit dorang puteh gebu, lagi-lagi kalo dorang pakai dorang punya baju tradisional.. serius cantik. kami disuruh duduk dalam 1 meja, dan di setiap meja kami dihidangkan air madu yang di campur limau nipis. rasa dia sedap dan masam-masam.. dan sambil tu dorang buat promosi bagi yang nak membeli, en.husband dan mama tergoda terus apa lagi 2 botol terus dorang beli, dekat sini pon korang boleh tawar-menawar..

ini la air yang kami minum, sedap rasa masam-masam
lepas lawatan sini, kami di bawa ke sungai mekong. ini yang kami berlima tunggu-tunggukan tu. buat research semua selfie dekat sungai mekong. apa lagi memang excited la kiteorang naik sampan. tapi satu sampan limit 6 orang je termasok pakcik & makcik yang kayuh sampan tu depan & belakang. jadi kami berempat jelaa, en husband terpaksa naik dengan batch lain.. tu yang selfie ta ada muka en.husband dekat sampan.. seronok naik sampan.. walaupun sungai dia coklat.. hihihi

nura dah merasa naik sampan dekat sungai mekong..
kami berempat je.. en husband tak ada. dia naik sampan lain
lepas naik sampan, kereta kuda dah tunggu kiteorang.. wahhh naik kereta kuda mmg teruja sangat. nura first time naik kereta kuda. kereta kuda pon dah termasok dalam package mekong delta. kalau dekat malaysia memang tak merasa laa naik kereta kuda. orang yang bawak ni peramah, service layan kami berlima pon bagus, mama bagi dia tips duit malaysia rm10.. huhuhu kami berempat bagi duit vietnam dong je. huhu

naik kereta kuda untuk menuju ke next destinasi
next lawatan pula kami dibawa ke tempat nyayian tradisional orang vietnam, sambil tengok dorang nanyi sambil tu kami di hidang buah-buahan fresh.. habis dua pinggan.. hahaha

nyanyian tradisional vietnam
lepas ke pulau mekong, kami balik ke boat dan menuju ke pulau sebelah iaitu pulau coconut.. dekat sana kami di bawa ke tempat process gula-gula kelapa.

mesin memprocess gula-gula kelapa
dekat pulau ni kami di beri masa selama 1 jam 30 minit untuk keliling pulau, aktiviti bebas.. pulau ni kecik je pon. so ape lagi nura dengan adik ipar nura berselfie la sepanjang dekat sana. selfie banyak-banyak.. huhuhu pulau coconut ni yang menariknya adalah taman bunga dan aligator.

tak nampak aihhh muka nura, macam mana tukang amik gamba ni.. huhu

adik ipar nuraa... ;)
taman bunga dekat sini memang cantik, rasa nak cabut-cabut bawak balik. blossom... huhu dah puas selfie dekat taman bunga nura dengan adik nura pergi dekat taman aligator pulak.. ouhhh ya, oleh kerana sungai mekong ni warna dia macam teh ais tak dinafikan banyak buaya dekat sini jadi hati-hati yaa..

nampak buaya tak?
dekat pulau coconut ni jangan lupa beli air kelapa dia, serius sedap dan murah. beli guna duit vietnam dong, lepas convert dalam rm4 je. bagi nura murah laa... cukop sudah 1 jam 30 minit, kami pon di bawa pulang semula ke ho chi minh city. balik pon amek masa 2 jam 30 minit macam tu.. perut pon lapar, 1 hari kami tak makan nasi pon, dalam package tu mmg di sediakan makanan tapi ragu-ragu dengan halal atau tidak sebab rata-rata semua dorang serve pork, ayah mertua nura pulak jenis menitik berat soal tu,. jadi kami tak makan pon sepanjang tour. tapi apepon package tour ke mekong delta is worth it with what you pay. balik hotel, berehat dan siap-siap, malam kami nak keluar cari makan dan night walking ke pasar malam depan ben than market.

nak ke pasar malam sana jalan kaki je dari hotel eden garden. kiteorang makan dekat malaysia street hajah basiro. itu pon adik ipar buat reseach makanan sedap dekat vietnam, masuk je restorant tu order la mcm biasa memang masakan malaysia.. tapi harga memang mahal, tapi honestly jujur pendapat kami berlima TAK SEDAP.. tekak masing-masing kot. tapi kiteorang dah lapar makan jelaa..

menu air dia pon mahal..
lepas makan kami jalan-jalan sekitar night market, en.husband dengan mama dorang sibuk beli kopi musang.. tawar punya tawar dapatlah harga murah, tapi actually ada lagi murah, tapi nak buat macam mana dah tawar-tawar bila dia deal dengan harga kita, kita pon terpaksa la membeli, kalo tak nanti dorang maki-maki. pokoknya dekat vietnam ni mmg tak boleh tanya.. kalo tanya mesti kena beli.. adoiii...

lepas ke night market kami ke kedai-kedai area malaysia street, dorang dekat sini mengfokuskan jualan telekung dan tudung nelofa, lepas tu dorang jual telekung arafah plain yang tengah famous amous  tu.. nura pon tanya-tanya la harga.. mak aihhh murah giloooo... 1 pasang jatuh rm19 arafah plain tu, korang rasa tak terkeluar biji mata korang.. padan la dorang selalu cakap borong dekat vietnam vietnam.. ini rupanya.. lagipun banyak sangat orang malaysia datang sini sebab beli stock. ada yang nura tegur-tegur 3 bulan sekali datang vietnam, dari situ nura terus terlintas nak meniaga laa mcm ni sepanjang percutian ni.. buat percutian ni ibarat bercuti sambil bisnes trip gituuuu... nura memang bisnes online pon.. apa lagi balik hotel, terus nura edit gambar- gambar telekung dan buka pre-order telekung arafah plain, post dekat fesbuk page & insta. guest what ?? nura dapat order 100 pasang telekung.. ya allah rezeki sangat-sangat.. allah pulangkan duit nura sponsor trip vietnam keluarga ni dengan jentik hati nura suruh meniaga dekat sini. nura akan pos telekung selepas nura balik dari vacation ni.. jujurnya memang nura ta de niat atau terlintas langsung nak shopping bagaikan rak.. nura dok pening macam mana ni nak bawak balik KL, duet customer dah bank in. huhuhu... tapi since nura lama lagi dekat vietnam, nura akan beli telekung-telekung yang customer order sehari sebelum nura balik KL.

selesai hari kedua nura di ho chi minh city, maaf panjang lebar nura membebel.. terima kasih sudi baca sampai habis.. huhuhu ikuti nura hari ke tiga di ho chi minh di next entry.. =)
















No comments:

Post a Comment

Part 6 - Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)

(DAY 5 - 17 february 2017, Wednesday - Ho chi minh city) Yeaaahhh harini aktiviti kiteorang adalah snorkeling di phu quoc island. bangu...