Hari yang di tunggu dah tiba ! wahhh excitednya nak fly ke ho chi minh dan phu quoc island. oleh kerana kami punya flight pukol 6.45 malam, pukol 12 tengah hari kami dah siap-siap bertolak ke KLIA 2, nura amik flight petang sebab dah time tu je ticket murah.. kita kan nak yang murah-murah je.. maklumlah sponsor perjalanan ke vietnam untuk 5 orang termasuk diri nura sendiri jadi nura mesti lah kena budget takk gituuu.. heee ~
keluarga mertua nura 1st time naik flight, jadi untuk mengelakkan kilam kabut, so kiteorang gerak la awal. kononnya risau nanti tertinggal flight. tapi sebelum kiteroang ke KLIA 2, mama belanja kiteorang makan dekat Old town. wahhh baikkk sungguh.. huhuhu. kami ke KLIA 2 menaiki klia transit, dari bandar sri permaisuri rumah mak mertua nura ke putrajaya naik kereta, sampai sana beli ticket siap2 dan naik klia transit. kami tak amik yang laju pon, amik yang transit je, masa banyak lagi.. kereta pula husband nura parking dekat rumah makcik die dekat putrajaya. jadi mudahh laa..
sampai dekat KLIA2 time tu tak silap dalam pukol 2 petang, check in pukol 3 atau 4 petang macam tu baru kounter check in bukak so memang melangut laaa nak tunggu kaunter check in buka, bila dah buka tu cepat-cepat check in.. boleh jalan-jalan dekat dalam boarding tu..
flight dari Kuala lumpur ke Ho chi minh amik masa selama 2 jam, dan waktu di vietnam lambat 1 jam dari malaysia. sampai ho chi minh pukol 8 malam macam tu. keluar je dari airport tan son nhat international airport wahhh riuhhnyaaa ramai betul orang keluar masuk, mungkin ahli keluarga diarong hantar dan jemput. masa dekat sana kami tak beli pon sim card, sebab dekat hotel kan ada wifi, so guna jela wifi percuma.. dan untuk pengetahuan korang dekat vietnam ni dekat mana-mana tempat mudah nak dapatkan wifi percuma, dekat airport pon ada wifi percuma, so bagi nura korang tak perlu nak beli simcard, daahh save budget korang. kalau nak update gambar dekat insta atau fesbuk korang guna jela wifi hotel.. dahh jimat satu part.
untuk ke hotel, kami menaiki taxi vinasun.. orang kata naik taxi vinasun ni murah dan boleh dipercayai sebab dorang guna meter. jadi nak elak dari menipu korang kena atau WAJIB naik taxi VINASUN sahaja.. kereta dekat vietnam stering pemandu belah kiri, yang ni kelakar, masa nak naik teksi tu my husband cepat je duduk dekat tempat pemandu, then orang teksi tu ckp "you drive?".. hahaha yela kalau teksi malaysia kan belah kiri tu kerusi penumpang, stering belah kanan. adoii lawak betul time tu. masa on the way ke hotel kiteorang di kejutkan dengan budaya dekat ho chi minh city.. makkk aiii banyak gileerrrr motor.. sana vrroomm, situ vroom, mana-mana vroom, kalau yang tak biasa memang boleh cakap pencemaran udara, jujurnya udara dekat sana kurang sikit laa.. sebab
berhabuk dan penuh dengan asap motor. tapi pemandangan waktu malam memang cantik penuh dengan lampu berwarna-warni sepanjang jalan.
![]() |
taxi di ho chi minh city, pastikan vinasun baru naik.. |
dekat ho minh city nura amik hotel Eden garden untuk stay 3 malam. nura booking 2 bilik, so total untuk 2 bilik nura habis RM812. alhamdulillah process check in mudah dan receptionist dia sgt friendly dan fasih english, lepas check in, receptionist akan minta kita punya passport untuk keselamatan, sebab dekat luar banyak peragut. jangan risau nanti check out orang hotel tu akan pulangkan semula kita punya passport. hotel eden garden terletak betul-betul di tengah bandar. tapi jauh sikit la dari malaysia street. jalan kaki hanya amik masa dalam 10 minit je macam tu.. dekat ho chi minh hotel dia semuanya pattern yang jenis macam rumah kedai dekat malaysia, atas hotel, bawah kedai, restoran ataupun pub. lagipun hotel-hotel dekat ho chi minh ni banyak yang murah dan banyak choice, bergantung pada budget masing-masing. hotel nura terletak dekat port mat salleh, so faham kan kalo port mat salleh memang kiri kanan pub dan party. Bila tengah malam pukul 1 pagi jangan cakap laa mmg bising sangat-sangat dan ramai gila perempuan vietnam seksi-seksi dan cantik-cantik cari pelanggan kot.. hahaha tapi agak mengangu jugak la kalau nak tidur tu mmg bising.. kesimpulannya nura cadangkan jangan stay dekat eden garden ni.. walaupun biliknya selesa ada bath tub, nura sarankan cari hotel yang berdekatan dengan malaysia street. oleh kerana terlalu penat, lepas process check in kami terus berehat dalam bilik masing-masing dan tidur. esoknya nura nak ke sungai mekong.. yeayyyyy
![]() |
ini la hotel eden garden yang nura stay 3 malam di ho chi minh. |
![]() |
harga hotel nura stay dekat ho chi minh city |
NOTA: untuk aktiviti sepanjang di ho chi minh nura amek pakej dengan pihak hotel je. sebab bila nura bandingkan harga ianya lebih murah dari luar sana. keesokkanya kami ke sungai mekong.. dan nak tahu lebih lanjut follow nura ke next enty.
No comments:
Post a Comment