Friday, 18 January 2019

Part 6 - Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)


(DAY 5 - 17 february 2017, Wednesday - Ho chi minh city)


Yeaaahhh harini aktiviti kiteorang adalah snorkeling di phu quoc island. bangun pagi je kiteorang terus breakfast yang disediakan oleh pihak resort. so far breakfast dekat lam ha resort dorang ta de hidangan pork, tapi untuk berhati-hati kami cuma makan nasi goreng je dan bijirin snack macam kokorunch. kiteorang breakfast dekat tingkat atas, jadi boleh la nampak pemandangan laut.

Breakfast buffet lam ha resort

nampak view laut dekat depan tu jee...

Lepas breakfast kami bergegas packing barang ape yang patot untuk dibawa sepanjang island tour.
pkol 9 pagi macam tu van resort dah tunggu dekat depan nak kutip kiteorang hantar dekat bas pelancong. sekali masuk bas tu makk aii semua mat salleh kot. ta de melayu.. huhuhu

aktiviti pertama kiteorang pergi ke pearl farm, dekat sana dorang tunjukkan cara-cara penternakan dan dorang ada buat demo keluarkan pearl dari cengkerang, dan pelancong boleh pegang original pearl tu kononya.. tapi masa tengah lalai tu, mak mertua dan nur sempat amik 1 pearl dorang,, hahaha nak beli tak mampu sebab harga tak masuk akak mahal gilaa kot, padahal tengok macam sama je dengan pearl2 yang ada dekat malaysia ni,, ta de grade pon macam emas. mama cakap kenangan visit pearl farm dia nak ikot balik malaysia.. hahaha adoiii...

lepas visit pearl farm jeng..jeng.. jeng ini la masanya aktiviti laut. actually banyak je aktiviti underground , boleh pilih dalam pakej, tapi since kiteorang tak minat ground, kiteorang pilih aktiviti laut je tapi yang pearl farm tu memamg setiap pakej dah ada..

boat dah tunggu kitorang ke pelabuhan, naik boat 2 tingkat, yang boat ni kami kurang selesa sebenarnya sebab bercampur dengan mat salleh dan tourist non muslim, jadi arak tu ta payah cakap laa sbb dalam kapal tu ada bar tapi bahagian bawah. kiteorang duduk dekat tingkat atas je, dalam boat ni dorang memang pentingkan safety first, sebabnya semua tourist diwajibkan pakai life jacket sepanjang island tour. dekat atas boat ni best jugak laa ada aktiviti fishing tapi pakai spool.. hahaha tapi korang boleh bawa sendiri alatan memancing, tapi agak2 laa kite mai datang malaysia nak bawak alatan memancing tu.. hahaha pakai spool pon bolehh.. ayah mertua & suami mmg kaki memancing, dorang dapat banyak ikan sampai all tourist kagum dengan dorang siap cakap " how you do that, wow amazing, ouhh again " haissshhhhh.. aktiviti memancing ni tempoh dia selama 1 hour.

lepas aktiviti memancing, snorkeling time.. boat berhenti dekat snorkeling spot yang pertama, snorkeling dia bagi masa selama 1 hour juga.. kiteorang dapat snorkeling set termasok flip. haa nura tak pernah pakai langsung flipper ni dan tak tahu apa fungsi dia. bila pakai tu rasa mcm tak selesa dekat atas bot, nak jalan susah.. hahaha maklumlaahh tak pernah guna. jadi kiteorang terjun laut without flipper.. ouhhh tidakkk dah la laut dalam,, berenang guna kaki tak bergerak langung.. time tu wisel dah bunyi suruh naik kiteorang bertiga tak boleh nak ke boat semula sbb berenang pon tak bergerak.. hahaha penat aihhh dengan malunya lagi tourist tengok dari atas boat tu.. sudahnya orang boat tu campak tali dekat kiteorang.. baru laa kiteorang boleh naik boat semulaa.. tu laa degil ada reason kenapa dorang bagi flipper tapi ta nak guna.. haisshhhhh snorkeling yang pertama mertua tak ikot terjun, dia kata next spot, jadi nura, suami dan adik ipar jela yang terjun untuk spot yang pertama ni.. seriusly tak puas snorkeling.. next spot nura nak pakai flip jugak.

masa lepas snorkeling tu memang perut lapar tak payah cakap, tapi dorang ada sediakan lunch.. bau dia mmg sedap, time tu rasa macam cepatlah hidangkan makanan. bila makanan dah sampai di setiap mejaa.. amek ko.. non-halal sebab dorang masak babi wei... ada ikan goreng, suami nura dan adik ipar nak makan tapi mama & ayah tak bagi sbb mesti dia guna kuali yang sama.. so definitely tak halal juga la kan.. tengok dorang makan pork likee... urggghhhh lagi-lagi orang tourist jepun dia cakap sedap, dah mmg makanan dia.. huhuhu jadi conclusinya kami berlima lapar dan cuma makan buah tembikai sahaja.

after lunch, boat bawak kiteorang ke next spot untuk snorkeling, time ni suami dan adik ipar tak mau turun sbb lapar dan dorang merajuk dengan mama sbb tak boleh makan ikan yang dorang masa tu..jadinya untuk spot yang kedua nura dan mak mertua jela yang turun.. yang kedua snorkeling ni best sbb

Tuesday, 10 July 2018

Part 5 - Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)


(DAY 4 - 16 february 2017, Thursday - Phu Quoc Island)


Pagi ni kami berlima siap2 packing barang untuk checkout.. sbb risau tertinggal flight.. dari hotel eden garden ke domestic airport kami naik teksi vinansu.. sampai je dekat airport mcm biasa laa kena tunggu lama sgt sbb check in counter belum buka lagi.. oleh kerana bawa orangtua. You know korang tahu laa kan mana boleh last minit, semua nak kena terpacak awal. Haha.. untuk membuang masa kiteorang jalan-jalan dekat sekitar airport je sampai laa counter check in buka..

Masa check in kiteorang risau je sbb barang banyak dan risau dorang check luggage kang tak lepas. tapi alhamdulillah dorang tak check pon sbb DOMESTIC.. yang berbezanya dekat vietnam punya flight domestic ni masa scan tu kena tanggal kasut & stokin kena kaki ayam.. haha.. normallykan cuma scan bagasi dan mana-mana besi mcm tali pinggang kena tanggalkan..

Time tengah menunggu flight boleh pulak flight ke phu quoc island ditunda, 2 jam pulak tu.. elok2 sampai petang hari dekat phu quoc island ni tak, sampai ke malam.. mujur laa resort yang nura booking ni dah termasok airport transfer.. jadi keluar2 je dah ada driver resort tunggu.. tapi bersyukur ada orang jemput kiteorang sbb seriusly perjalanan ke resort mmg gelap gulita.

Phu quoc island ni ta sefamous pulau-pulau lain. masa kami berlima pergi tak ada orang malaysia langsung. semuanya mat salleh.. huhuhu. lagi pun phu quoc island ni macam pulau yang masih dara. tak banyak resort pon.. jalan dia pon mcm kampung yang penuh dengan bukit bukau ataupun hutan. haaa macam tulaa nura nak describekan.. sungguh belum ada entry lagi pasal phu quoc island ni dicarian google.

Dekat phu quoc island ni nura stay dekat LAM HA RESORT untuk 3 malam juga. order dua bilik, 1 double room dan 1 family room untuk mertua & adik ipar nura. resort ni nura sangat-sangat recommend untuk orang malaysia yang nak try pergi phu quoc island sebab resort sangat dekat dengan beach, private, jalan depan sikit tu je dah long beach. dan pantai dia pon cantik juga.. dekat lam ha resort ni bilik yang kami dapat menghadap swimming pool. swimming pool pulak 24 hours, so ape lagi buka pintu je terjun.. hahaha dan sepanjang jalan nak ke bilik tu penuh dengan pokok orkid dah macam garden pon ada.. mmg cantik dan bau orkid. Mak mertua nura dok puji-puji nura dan suami pandainya pilih resort ni, dah la tak ramai orang, swimming pool depan tu je dan sampai sekarang dok ulang-ulang kalo nak pergi resort nak yang macam LAM HA RESORT.. haihhhhh..

Thank you to lam ha resort for the decoration. i like it

Ruangan bilik untuk family room, SPACIOUS

Penuh dengan pokok orkid seriusly resort dia berkonsepkan taman

ini laa lamha resort yang nura suggestkan tu.. serius best !


Tapi apepon bersyukur sebab dorang enjoy dengan trip ke phu quoc island. untuk aktiviti di phu quoc island ni nura amek pakej dengan resort je seorang USD25, pakej termasok transportation return, visit pearl farm, naik boat pergi 2 island untuk snorkeling, pakej termasok sekali dengan peralatan snorkeling, fishing at the boat, lunch, dan bersantai di sun beach.

So, satu harini masa kami habis dengan flight nak ke phu quoc island je. huhuhu apelagi dahh jom tidur.. tak sabar nak tunggu aktiviti untuk hari keesokkanya.

Ikuti nura ke PART 6 ya untuk aktiviti ke phu quoc island... mmuuaahhhh


Wednesday, 27 September 2017

Part 3 - Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)

(DAY 2 - 14 february 2017, Tuesday - Ho chi minh city)

hari kedua di ho chi minh kami berlima plan ke mekong delta, kiteorang amik pakej dengan hotel sahaja, so pukol 9.30 pagi dah kena siap-siap, tour untuk ke mekong delta amik masa 1 hari dari pagi ke petang.. maaf dah lupa la berapa cost per head untuk ke mekong, tapi yang pasti murah dari dekat luar. pay with dollar okayyyyy

pagi tu actually excited sangat sebab nak tahu menu breakfast buffet die, tengok dalam gambar agoda macam sedap je.. jadi pagi tu bangun terus ke tingat atas, eden garden hotel breakfast die dekat level atas sekali tingat 7 tak silap, masuk je cafe wahhh tengok macam-macam ada, TAPI NON-HALAL.. huargghhhhh.. stress nura.. macam mana nura tahu non halal? sebab die ada serve bacon, i know it can be beef bacon etc, tapi bila my husband tanya chef tu, die cakap "piq bacon" korang rasa?? start dari situ rasa macam tak berani nak sentuh makanan dia. Jadi kiteorang just makan buah pisang yang tersedia. dia ada buat mee sup jugak, sup macam sup daging, seriusly bau sedap, mungkin sebab lapar bangun pagi, kiteorang tanya ingredient dalam sup tu "dia jawab pork" warrghhh korang rase? hmmm mmg non halal la jawabnyaaa.. sebab tu nura sgt-sgt tak recommend hotel ni dekat korang, nak stay dekat sini boleh, tapi tak payah join dia punya breakfast walaupun booking dah included breakfast.

pkol 10 pagi berkumpul di satu tempat, dan menunggu ketibaan bas yang bawa kiteorang tour. apabila bas datang cepat-cepatla naik sebab nak cop tempat duduk. tempat duduk tu tak boleh tukar-tukar. katakan pagi duduk dekat situ, sampai habis tour pon kena duduk tempat yang sama. dalam bas tu akan ada seorang tour guide kiteorang. ouhh ya tour ni campur dengan pelancong lain. banyak mat salleh.. huhuhu

mula la perjalanan ke mekong.. perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam.. kiteorang tengok environment vietnam ni dari dalam bas, negara dorang penuh dengan padi, tapi setiap ladang padi dieorang mesti ada jirat (kubur) rasanya jirat tok moyang kot ataupun penjaga ladang padi tersebut.. dan negara dorang ni banyak penunggang motosikal. setahun berjuta-juta dorang import motor. sebab tu motor adalah pengangkutan dorang no.1. semasa dalam perjalanan ke mekong delta, kami diberhentikan ke tempat tarikan pelancongan di vietnam, iaitu lawatan ke tokong budda diorang.. majority agama dorang di vietnam adalah budda, jadi kami dibawa sekitar tokong mereka dan diterangkan sejarah agama budda datang ke vietnam. dan simbul patung-patung tersebut.

selfie bersama patong. serius besar..
selepas lawatan ke tokong budda, kami terus menuju ke mekong delta. dah ta de stop-stop dah lepas tu.. tour tu terus zoom ke mekong, nak ke mekong kite kena naik boat. so, bas akan berhenti ke pelabuhan dan kami semua kena naik boat. mati-mati nura ingat sungai mekong tu cantik, rupanya sungai mekong tu air dia mcm "air teh ais" coklat-coklat dan berbau. ta pela, nama pun bercuti, kita enjoy je mengenal budaya dekat sini. dengan aliran sungai mekong ni kalo naik boat kite boleh tembus ke cambodia dan lagi dua negara nura tak ingat. hehe.

warna air laut atau sungai mekong delta
menurut tour guide kiteorang mekong ni adalah sebuah pulau yang dinamakan mekong.. sebab tu nak ke mekong kena naik boat, speed boat macam tu, yang ni dah termasok package tour. sampai je mekong lawatan seterusnya kami di bawa ke tempat process madu. bila diperhatikan orang-orang vietnam ni cantik-cantik dan seksi, kulit dorang puteh gebu, lagi-lagi kalo dorang pakai dorang punya baju tradisional.. serius cantik. kami disuruh duduk dalam 1 meja, dan di setiap meja kami dihidangkan air madu yang di campur limau nipis. rasa dia sedap dan masam-masam.. dan sambil tu dorang buat promosi bagi yang nak membeli, en.husband dan mama tergoda terus apa lagi 2 botol terus dorang beli, dekat sini pon korang boleh tawar-menawar..

ini la air yang kami minum, sedap rasa masam-masam
lepas lawatan sini, kami di bawa ke sungai mekong. ini yang kami berlima tunggu-tunggukan tu. buat research semua selfie dekat sungai mekong. apa lagi memang excited la kiteorang naik sampan. tapi satu sampan limit 6 orang je termasok pakcik & makcik yang kayuh sampan tu depan & belakang. jadi kami berempat jelaa, en husband terpaksa naik dengan batch lain.. tu yang selfie ta ada muka en.husband dekat sampan.. seronok naik sampan.. walaupun sungai dia coklat.. hihihi

nura dah merasa naik sampan dekat sungai mekong..
kami berempat je.. en husband tak ada. dia naik sampan lain
lepas naik sampan, kereta kuda dah tunggu kiteorang.. wahhh naik kereta kuda mmg teruja sangat. nura first time naik kereta kuda. kereta kuda pon dah termasok dalam package mekong delta. kalau dekat malaysia memang tak merasa laa naik kereta kuda. orang yang bawak ni peramah, service layan kami berlima pon bagus, mama bagi dia tips duit malaysia rm10.. huhuhu kami berempat bagi duit vietnam dong je. huhu

naik kereta kuda untuk menuju ke next destinasi
next lawatan pula kami dibawa ke tempat nyayian tradisional orang vietnam, sambil tengok dorang nanyi sambil tu kami di hidang buah-buahan fresh.. habis dua pinggan.. hahaha

nyanyian tradisional vietnam
lepas ke pulau mekong, kami balik ke boat dan menuju ke pulau sebelah iaitu pulau coconut.. dekat sana kami di bawa ke tempat process gula-gula kelapa.

mesin memprocess gula-gula kelapa
dekat pulau ni kami di beri masa selama 1 jam 30 minit untuk keliling pulau, aktiviti bebas.. pulau ni kecik je pon. so ape lagi nura dengan adik ipar nura berselfie la sepanjang dekat sana. selfie banyak-banyak.. huhuhu pulau coconut ni yang menariknya adalah taman bunga dan aligator.

tak nampak aihhh muka nura, macam mana tukang amik gamba ni.. huhu

adik ipar nuraa... ;)
taman bunga dekat sini memang cantik, rasa nak cabut-cabut bawak balik. blossom... huhu dah puas selfie dekat taman bunga nura dengan adik nura pergi dekat taman aligator pulak.. ouhhh ya, oleh kerana sungai mekong ni warna dia macam teh ais tak dinafikan banyak buaya dekat sini jadi hati-hati yaa..

nampak buaya tak?
dekat pulau coconut ni jangan lupa beli air kelapa dia, serius sedap dan murah. beli guna duit vietnam dong, lepas convert dalam rm4 je. bagi nura murah laa... cukop sudah 1 jam 30 minit, kami pon di bawa pulang semula ke ho chi minh city. balik pon amek masa 2 jam 30 minit macam tu.. perut pon lapar, 1 hari kami tak makan nasi pon, dalam package tu mmg di sediakan makanan tapi ragu-ragu dengan halal atau tidak sebab rata-rata semua dorang serve pork, ayah mertua nura pulak jenis menitik berat soal tu,. jadi kami tak makan pon sepanjang tour. tapi apepon package tour ke mekong delta is worth it with what you pay. balik hotel, berehat dan siap-siap, malam kami nak keluar cari makan dan night walking ke pasar malam depan ben than market.

nak ke pasar malam sana jalan kaki je dari hotel eden garden. kiteorang makan dekat malaysia street hajah basiro. itu pon adik ipar buat reseach makanan sedap dekat vietnam, masuk je restorant tu order la mcm biasa memang masakan malaysia.. tapi harga memang mahal, tapi honestly jujur pendapat kami berlima TAK SEDAP.. tekak masing-masing kot. tapi kiteorang dah lapar makan jelaa..

menu air dia pon mahal..
lepas makan kami jalan-jalan sekitar night market, en.husband dengan mama dorang sibuk beli kopi musang.. tawar punya tawar dapatlah harga murah, tapi actually ada lagi murah, tapi nak buat macam mana dah tawar-tawar bila dia deal dengan harga kita, kita pon terpaksa la membeli, kalo tak nanti dorang maki-maki. pokoknya dekat vietnam ni mmg tak boleh tanya.. kalo tanya mesti kena beli.. adoiii...

lepas ke night market kami ke kedai-kedai area malaysia street, dorang dekat sini mengfokuskan jualan telekung dan tudung nelofa, lepas tu dorang jual telekung arafah plain yang tengah famous amous  tu.. nura pon tanya-tanya la harga.. mak aihhh murah giloooo... 1 pasang jatuh rm19 arafah plain tu, korang rasa tak terkeluar biji mata korang.. padan la dorang selalu cakap borong dekat vietnam vietnam.. ini rupanya.. lagipun banyak sangat orang malaysia datang sini sebab beli stock. ada yang nura tegur-tegur 3 bulan sekali datang vietnam, dari situ nura terus terlintas nak meniaga laa mcm ni sepanjang percutian ni.. buat percutian ni ibarat bercuti sambil bisnes trip gituuuu... nura memang bisnes online pon.. apa lagi balik hotel, terus nura edit gambar- gambar telekung dan buka pre-order telekung arafah plain, post dekat fesbuk page & insta. guest what ?? nura dapat order 100 pasang telekung.. ya allah rezeki sangat-sangat.. allah pulangkan duit nura sponsor trip vietnam keluarga ni dengan jentik hati nura suruh meniaga dekat sini. nura akan pos telekung selepas nura balik dari vacation ni.. jujurnya memang nura ta de niat atau terlintas langsung nak shopping bagaikan rak.. nura dok pening macam mana ni nak bawak balik KL, duet customer dah bank in. huhuhu... tapi since nura lama lagi dekat vietnam, nura akan beli telekung-telekung yang customer order sehari sebelum nura balik KL.

selesai hari kedua nura di ho chi minh city, maaf panjang lebar nura membebel.. terima kasih sudi baca sampai habis.. huhuhu ikuti nura hari ke tiga di ho chi minh di next entry.. =)
















Part 4 - Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)

(DAY 3 - 15 february 2017, Wednesday - Ho chi minh city)

Hari ni adalah hari ketiga nura di ho chi minh sebab esok nura akan berangkat ke phu quoc island. untuk aktiviti nura harini adalah jalan-jalan sekitar bandar ho chi minh dan planning harini nak cari souvenier dan luggage baru, korang kalo datang sini wajib beli luggage tau atau tukar luggage baru, sebab dekat sini serius murah gilaa luggage. jadi en.husband, mama & ayah memang tak terlepas dari shopping luggage.. huhuhu...

pagi ni kami breakfast macam biasa dekat tingkat 7 tu. kami makan buah-buahan dan minta dia masakan omelet untuk kami. makanan lain kami tak sentuh pon. lepas breakfast kami terus jalan-jalan sekitar bandar dan selfie. puas kami selfie, baru kami terus menuju ke ben than market. dekat sini habis masa berjam-jam, mana tak nya tawaf satu ben then tu, sbb kalo korang betul-betul nak membeli terus je datang kedai tu tawar dengan harga yang tak masuk akal. faham tak? ini tips dari nura, kebanyakkannya peniaga dekat sini dorang tak kan hilangkan customer, dorang akan pujuk customer sampai customer beli, jadi ni kesempatan korang, korang letak la harga yang tak masuk akal. contohnya, mcm harga tu dia markup rm20, korang mintak harga rm5, mintak je rm5 dan yakin kan dorang kalo korang akan beli dengan harga rm5. jujur dia akan rayu-rayu korang, korang buat tak tahu je dan ckp "i nak rm5". dan guest what dorang akan setuju tau.! sbb terjadi pada diri nura, time nak beli fridge magnet, harga dia rm30, nura mintak rm5 untuk 5 fridge magnet, first tu mmg tak bagi, lepas tu nura acah-acah nak belah, die terus tarik tangan nura, "okay kakak rm5", so nura bayarla rm5 tu.. hehehe begitu juga dengan luggage. mmg dapat murah harga luggage rm300 + + kami terus mintak harga yang tak masuk akal. mintak rm50 dia tak bagi, last2 mintak rm80 dia setuju, kami beli 2 bag, jadi dua bag harga rm160 la..

kalo nak shopping dekat ben than market datang pagi.. sebab kite adalah first customer dorang, orang cakap "pecah telur" so nak ta nak dorang akan cari customer untuk pecahkan telur kosong. macam kita juga kalau meniaga, setiap pagi sape lah yang akan jadi first customer kita, bila nak buka bill, mcm tu la dorang. sebab tu sila datang pagi dalam pkol 10-11 pagi mcm tu. kalo dah petang datang tak best sgt. sbb kalo tawar harga tak masuk akal dorang mesti tak heran sbb dah dapat customer banyak. jadi tips nura kalo nak dapat harga tak masuk akal datang awal.

shoping dan shopping sedar tak sedar dah petang.. hahah, kami terus pergi ke super market untuk beli stock makanan macam maggie sbb esok kan nak ke pulau, risau dekat sana ta jumpa makanan halal, tu yang beli stock maggie dekat super market ni.. lepas tu kalo datang ke vietnam jangan lupa rasa dorang punya kopi vietnam yang dorang jual dekat kaki lima.. serius sedapp. kopi ais die memang kaw-kaw. ouhh ya ! sekitar ben than market dan malaysia street sini dorang pandai cakap bahasa melayu, jadi korang ckp bahasa melayu je, bahasa english dorang tak faham.

kami beli dengan minah ni.. dia buat kopi mmg sedap
lepas beli kopi ais, kami balik hotel, dan pening malam ni nak makan dekat mana, kami dah ta nak makan dekat hajah basiro tu sebab mahal dan tak sedap. jadi kami jalan- jalan sekitar hotel eden garden je.. dan kami terjumpa kedai makan ni 'HUMMUS & GRILL restaurant"

high recommend !
seriussss sedap gilaaa makan dekat restaurant ni. ini adalah restaurant HALAL berkonsepkan ala makanan arab macam tu. restaurant ni terletak betul-betul depan hotel eden garden yang kiteorang menginap tu. mmg tak ramai yang datang ke restaurant ni sbb macam tak nampak. sepanjang restaurant kiri kana penuh dengan pub dan makan non-halal, sebab tu tak nampak restaurant ni, ini pon mama yang tegur, jum try makan dekat sini. dia punya decorasi restoran agak mewah dan selesa, time tu rasa macam risau nak makan dekat sini, yela risau mahal ke kan.. so kami mmg nak cuba dan kami bawaklah budget lebih sikit. sekali masuk taraaaaa.. ta de la mahal mana pon, harga lebih kurang macam hajah basiroh tapi seriusss makanan dekat sini mmg SEDAP GILAAAA... 

buku menu restaurant hummas
dekat restaurant ni dapat free cold water, kami order ayam grill, nasi special  & regular pizza.. dorang punya serve pon memang terbaik, siap hidang set sudu garpu. owner restaurant ni orang arab dan beragama islam, jadi mmg restoran ni adalah restoran halal dan selamat untuk di makan.

sudu, garpu dan pisau.. time ni waiting our food.
dekat restoran ni ada toilet, so kalo tengah makan nak membuang boleh pergi ke toilet dia dekat atas, toilet pon bersih. tak lama pun menunggu akhirnyaaa makanan yang kami pesan pon siap di hidang.. 

gambar kurang menarik sebab guna phone biasa, phone nura habis batery.
gambar nampak blur mcm tu, tapi ta pela, yang penting sedap dan puas hati. sambal salsa dia mmg sedap sgt. kiteorang siap mintak tambah sambal, sambal tu makan dengan ayam grill tu. pokoknya sedap laa.. nura sangat-sangat high recommend untuk korang yang nak makan dekat vietnam cuba try makan dekat sini. mmg sedap berbanding makanan dekat malaysia street sana. pizza dia pon sedap. lepas makan, kiteorang siap tapau pizza dia satu lagi bawa balik hotel. huhuhu lepas makan dekat hummus restaurant baru la terasa akhirnya dapat juga makan makanan sedap dekat vietnam.. hahaha

perjalanan ke hotel eden garden, restoran hummus depan hotel eden garden
macam ni la gambar sekitar ho chi minh city, crowded ini pon masuk lorong time nak balik ke hotel. malam ni kami siap-siap packing barang sebab esok nak check out.. esok kami akan fly ke phu quoc island.. destinasi pulau yang dinanti-nanti kan.. wahh tak sabarnyaa..

NOTA: dekat ho chi minh ni tak banyak aktiviti pon, best cuma untuk shopping sebab harga murah. udara dekat ho chi minh ni pon tak seberapa okay, sebab banyak sangat motor, jadi habuk berleluasa, jauh beza dari KL, untuk pengetahuan korang kami berlima dah start demam dan batuk-batuk.. mungkin kami tak serasi cuaca dekat sini... tapi kami tetap bersemangat untuk bercuti ke phu quoc island.. macam mana view dekat phu quoc island? teruskan membaca ke next enty nura yaa..








Monday, 25 September 2017

Part 2 : Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)

(DAY 1 - 13 february 2017 , Monday - Ho chi minh city)

Hari yang di tunggu dah tiba ! wahhh excitednya nak fly ke ho chi minh dan phu quoc island. oleh kerana kami punya flight pukol 6.45 malam, pukol 12 tengah hari kami dah siap-siap bertolak ke KLIA 2, nura amik flight petang sebab dah time tu je ticket murah.. kita kan nak yang murah-murah je.. maklumlah sponsor perjalanan ke vietnam untuk 5 orang termasuk diri nura sendiri jadi nura mesti lah kena budget takk gituuu.. heee ~

keluarga mertua nura 1st time naik flight, jadi untuk mengelakkan kilam kabut, so kiteorang gerak la awal. kononnya risau nanti tertinggal flight. tapi sebelum kiteroang ke KLIA 2, mama belanja kiteorang makan dekat Old town. wahhh baikkk sungguh.. huhuhu. kami ke KLIA 2 menaiki klia transit, dari bandar sri permaisuri rumah mak mertua nura ke putrajaya naik kereta, sampai sana beli ticket siap2 dan naik klia transit. kami tak amik yang laju pon, amik yang transit je, masa banyak lagi.. kereta pula husband nura parking dekat rumah makcik die dekat putrajaya. jadi mudahh laa..

sampai dekat KLIA2 time tu tak silap dalam pukol 2 petang, check in pukol 3 atau 4 petang macam tu baru kounter check in bukak so memang melangut laaa nak tunggu kaunter check in buka, bila dah buka tu cepat-cepat check in.. boleh jalan-jalan dekat dalam boarding tu..

flight dari Kuala lumpur ke Ho chi minh amik masa selama 2 jam, dan waktu di vietnam lambat 1 jam dari malaysia. sampai ho chi minh pukol 8 malam macam tu. keluar je dari airport tan son nhat international airport wahhh riuhhnyaaa ramai betul orang keluar masuk, mungkin ahli keluarga diarong hantar dan jemput. masa dekat sana kami tak beli pon sim card, sebab dekat hotel kan ada wifi, so guna jela wifi percuma.. dan untuk pengetahuan korang dekat vietnam ni dekat mana-mana tempat mudah nak dapatkan wifi percuma, dekat airport pon ada wifi percuma, so bagi nura korang tak perlu nak beli simcard, daahh save budget korang. kalau nak update gambar dekat insta atau fesbuk korang guna jela wifi hotel.. dahh jimat satu part.

untuk ke hotel, kami menaiki taxi vinasun.. orang kata naik taxi vinasun ni murah dan boleh dipercayai sebab dorang guna meter. jadi nak elak dari menipu korang kena atau WAJIB naik taxi VINASUN sahaja.. kereta dekat vietnam stering pemandu belah kiri, yang ni kelakar, masa nak naik teksi tu my husband cepat je duduk dekat tempat pemandu, then orang teksi tu ckp "you drive?".. hahaha yela kalau teksi malaysia kan belah kiri tu kerusi penumpang, stering belah kanan. adoii lawak betul time tu. masa on the way ke hotel kiteorang di kejutkan dengan budaya dekat ho chi minh city.. makkk aiii banyak gileerrrr motor.. sana vrroomm, situ vroom, mana-mana vroom, kalau yang tak biasa memang boleh cakap pencemaran udara, jujurnya udara dekat sana kurang sikit laa.. sebab 
berhabuk dan penuh dengan asap motor. tapi pemandangan waktu malam memang cantik penuh dengan lampu berwarna-warni sepanjang jalan.

taxi di ho chi minh city, pastikan vinasun baru naik.. 

dekat ho minh city nura amik hotel Eden garden untuk stay 3 malam. nura booking 2 bilik, so total untuk 2 bilik nura habis RM812. alhamdulillah process check in mudah dan receptionist dia sgt friendly dan fasih english, lepas check in, receptionist akan minta kita punya passport untuk keselamatan, sebab dekat luar banyak peragut. jangan risau nanti check out orang hotel tu akan pulangkan semula kita punya passport. hotel eden garden terletak betul-betul di tengah bandar. tapi jauh sikit la dari malaysia street. jalan kaki hanya amik masa dalam 10 minit je macam tu.. dekat ho chi minh hotel dia semuanya pattern yang jenis macam rumah kedai dekat malaysia, atas hotel, bawah kedai, restoran ataupun pub. lagipun hotel-hotel dekat ho chi minh ni banyak yang murah dan banyak choice, bergantung pada budget masing-masing. hotel nura terletak dekat port mat salleh, so faham kan kalo port mat salleh memang kiri kanan pub dan party. Bila tengah malam pukul 1 pagi jangan cakap laa mmg bising sangat-sangat dan ramai gila perempuan vietnam seksi-seksi dan cantik-cantik cari pelanggan kot.. hahaha tapi agak mengangu jugak la kalau nak tidur tu mmg bising.. kesimpulannya nura cadangkan jangan stay dekat eden garden ni.. walaupun biliknya selesa ada bath tub, nura sarankan cari hotel yang berdekatan dengan malaysia street. oleh kerana terlalu penat, lepas process check in kami terus berehat dalam bilik masing-masing dan tidur. esoknya nura nak ke sungai mekong.. yeayyyyy

ini la hotel eden garden yang nura stay 3 malam di ho chi minh.

harga hotel nura stay dekat ho chi minh city

NOTA: untuk aktiviti sepanjang di ho chi minh nura amek pakej dengan pihak hotel je. sebab bila nura bandingkan harga ianya lebih murah dari luar sana. keesokkanya kami ke sungai mekong.. dan nak tahu lebih lanjut follow nura ke next enty.

Saturday, 23 September 2017

Part 1 : Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)

Hi semua !

Okay kali ni nura nak share pengalaman bercuti ke vietnam selama 8 hari 7 malam.. what?? 8 hari?? lamanya.. tak bosan ke duduk lama-lama dekat ho chi minh tu.. bukan nya ada apepon.. kannn betul ta? haaaa!! korang jangan terkejut.. yap! mmg lama 8 hari tu, tapi nura bukan pergi ho chi minh semata-mata tapi nura pergi dorang punya pulau. !! phu quoc island, mesti tak pernah dengar kan ?
yapppp... nura sendiri pada awalnya mmg tak pernah dengar langsung pasal phu quoc island, cari review pon susah sbb mmg belum pernah ada orang malaysia buat review pasal phu quoc island ni.. yang banyak dalam carian en google ni ho chi minh city je.. yela tempat spot borong kan...

macam mana nura terdetik nak ke phu quoc island tu..? haa mcm ni ceritanya.. nura ke vietnam actually bersama family mertua. my mother in law suka sgt nak ke pulau.. katanya nak relaks2 gituuuu.. so ape lagi nura pon godek-godek laa dekat en google pasal pulau dekat vietnam.. keluar lah antaranya phu quoc island. banyak review dari mat salleh mengatakan phu quoc island ni beautiful beach.. so ape lagi terjah laa ke sana.. huhuhuhu.. nak cari review orang kita mmg tak ada, jadi mmg main gamble laa..

sebelum nura nak cerita lebih lanjut.. nura akan cerita persedian nura dolu sebelum fly ke vietnam okay.. so korang baca tau sampai habis.. hihihihi

1. Beli ticket return flight INTERNATIONAL (Kuala lumpur - Ho chi minh) & (Ho chi minh - Kuala lumpur)
okay.. yang ni nura beli ticket flight time air asia buat promosi FREE SEAT.. mmg murah gilaaa.. nura booking ticket flight untuk 5 orang termasok makanan dalam flight lebih kurang RM786.68.. murah kan? untuk 5 orang tau.. tak cecah rm1k pon ticket flight return.. so nura pilih date travel 13 february 2017 until 20 february 2017. jadinya 8 hari laa.. lama kan? huhuu

Ini la ticket flight nura untuk 5 orang dewasa.. 
2. Buat Passport
Nak ke luar negara perlu ada passport. Time booking flight tak perlukan passport. tapi time check in perlukan passport.. oleh kerana my adik ipar, my mother & father in law first time ke luar negara so dorang kena pergi buat passport!.. kiteorang buat dekat UTC wangsa maju. kena datang awal tao ! kena beratur panjang. Harga untuk buat passport RM200 untuk dewasa untuk 5 tahun dan korang perlu pakai tudung warna hitam. kalau boleh siap2 bawak salinan kad pengenalan, dekat sana ada je service photocopy tapi mahal laa.. jadi just prepare je ta de la nti kalut.. ouhh ya! ini nota tambahan kalau passport korang lagi 6 bulan nak expired korang perlu RENEW passport kalo tak, tak boleh fly korangg.. sobb sobbb... benda ni terjadi pada nura. nura ni mmg dari kecik nura dah ada passport sbb family nura kadang ke luar negara so mmg nura dari umur 4 atau 5 tahun mcm tu nura dah ada passport.. time tu nura sedar kalo passport nura lagi 3 bulan nak expired. tapi nura tak tahu pula kalo tak boleh fly kalo passport kurang dari 6 bulan nak expired. time tu lagi 3 hari nak fly ke ho chi minh, ayah nura time tu tegur, passport hidup lagi ke? nura pon slumber la jawab "hidup lagi tapi lagi 3 bulan expired la".. muka ayah nura terkejut terus cakap "ehhhh tak boleh fly laa, kena renew nanti boarding tak lepas" huh, time tu mmg dah cuak, apa lagi terus nura renew passport.. dan tanya pegawai imegresen tu "kalo sy tak renew ni tak lepas ke?" pegawai tu pon jawab "ya tak lepas ni, awk kena renew sebelum 6 bulan expired haritu". bayangkan kalau nura tak renew.. tak lepas nak fly la jawabnya.. sobbb sobbb sobbb... so korang check passport korang! jangan jadi mcm nura last minute.. huhuhuhu

3. Rancang Itenery 
untuk travel kalini kiteorang tak guna pun travel agent. nura yang sediakan itenery dari a-z.. oleh kerana percutian kali ni 8 hari 7 malam, so nura decide untuk 3 malam stay dekat ho chi minh, 3 malam stay dekat phu quoc island & 1 malam terakhir sebelum fly ke KL stay dekat ho chi minh juga.

4. Beli ticket flight return DOMESTIC  (Ho chi minh - Phu quoc island) & (Phu quoc island - Ho chi minh)
Untuk pengetahun korang phu quoc island ni lebih kurang mcm langkawi., dan Sebenarnya banyak cara nak ke phu quoc island, antaranya naik bus atau flight. kalau naik bus almost 8 jam mcm tu korang kena spend masa. manakala flight just amik masa dalam 50 minit ke 1 jam dan of course ticket flight pon mahal juga.. tapi dapat menjimat kan masa korang. nura decide amek flight je ke phu quoc island. nura beli ticket flight mengunkan Vietjetair, harga ticket flight untuk 5 orang RM1024.90,

ini harga ticket flight domestic ke phu quoc island untuk 5 orang dewasa
5. Tempah / Booking hotel & resort siap-siap
nasihat nura sebelum fly pastikan korang dah booking hotel & resort siap-siap, sebab nanti dekat sana dah tak payah nak kalut.(kalut tu maksudnya huru-hara.. huhuhu~) untuk hotel & resort nura mengunakan booking.com & agoda.com.. kena bandingkan harga. kadang agoda lebih murah dan kadang booking.com lebih murah. tapi nura memang guna kedua-duanya untuk travel kali ni. nak tahu nura booking hotel & resort yang mana teruskan membaca ke next entry..

6. Bagasi dan pakaian yang hendak dibawa
orang kata ho chi minh ni adalah pusat membeli belah. nasihat nura shopping atau tidak, bawak je bagasi lebih siap-siap sebab risau TERshopping gituuuu.. hahaha mcm nura bawak beg yang boleh lipat.. dan mesti korang pening time packing baju nak bawak berapa helai semua tu kan.. bagi nura itu tergantung pada diri masing-masing, kadang bawak baju lebih pon tapi tak terpakai.. buat penuh ruang bagasi je.. kan rugi tu.. huhuhu

7. Ubat-ubatan
yang ini penting, korang jangan lupa bawa ubat-ubatan yaa especially yang menghidap penyakit darah tinggi & kencing manis, nura tahu orang yang menghidap penyakit ni selalunya setiap hari kena makan ubat untuk kawal darah tinggi dan kencing manis, so ! jangan lupa bawa yaa..

8. Tukar mata wang USD & Vietnam Dong
ha! dekat sini ramai yang pening bagi yang 1st time nak ke Vietnam. nak tukar duit USD atau VND, nasihat nura tukar kedua-duanya.. kenapa? hotel & aktiviti di ho chi minh dan phu quoc island mereka hanya terima dalam USD, tapi jangan risau, exchange balance pon dalam USD juga. mata wang VND korang guna time shopping sahaja. korang boleh juga shopping guna MYR, tapi pendapat nura mahal la.. lepas nura darab dan bahagi, nak shopping baik guna VND dari MYR, itu pendapat nura la.. hehehe~ dekat mana nak tukar mata wang ? nura cadangkan kalo korang nak tukar duit tukar di mid valley megamall. sana rate memang murah. atau nak lagi murah keluarkan duit dari ATM maybank dekat vietnam.. yang ni serius murah !

9. Universal adapter
yang ini jangan lupa bawa yaa.. setiap negara berbeza dia punya adapter, jadi pastikan korang ada universal adapter.. boleh beli dekat Mr.diy.. beli yang murah je. alhamdulillah nura punya universal adapter beli dekat mr.diy dah setahun masih boleh guna.

Lengkap sembilan checklist persediaan sebelum ke vietnam. apa lagi dah boleh get ready nak fly laaa...

ikuti next entry nura untuk part 2.. nura akan ceritakan pengalaman nura ke sana dan nura harap perkongsian ini bermanfaat untuk korang semua yang nak travel ke ho chi minh, sekiranya terdapat tambahan info boleh tinggalkan cadangan atau pendapat diruangan komen.

Part 6 - Bercuti Ke Vietnam - Ho Chi Minh City & Phu Quoc Island (8 hari 7 malam)

(DAY 5 - 17 february 2017, Wednesday - Ho chi minh city) Yeaaahhh harini aktiviti kiteorang adalah snorkeling di phu quoc island. bangu...