(DAY 4 - 16 february 2017, Thursday - Phu Quoc Island)
Pagi ni kami berlima siap2 packing barang untuk checkout.. sbb risau tertinggal flight.. dari hotel eden garden ke domestic airport kami naik teksi vinansu.. sampai je dekat airport mcm biasa laa kena tunggu lama sgt sbb check in counter belum buka lagi.. oleh kerana bawa orangtua. You know korang tahu laa kan mana boleh last minit, semua nak kena terpacak awal. Haha.. untuk membuang masa kiteorang jalan-jalan dekat sekitar airport je sampai laa counter check in buka..
Masa check in kiteorang risau je sbb barang banyak dan risau dorang check luggage kang tak lepas. tapi alhamdulillah dorang tak check pon sbb DOMESTIC.. yang berbezanya dekat vietnam punya flight domestic ni masa scan tu kena tanggal kasut & stokin kena kaki ayam.. haha.. normallykan cuma scan bagasi dan mana-mana besi mcm tali pinggang kena tanggalkan..
Time tengah menunggu flight boleh pulak flight ke phu quoc island ditunda, 2 jam pulak tu.. elok2 sampai petang hari dekat phu quoc island ni tak, sampai ke malam.. mujur laa resort yang nura booking ni dah termasok airport transfer.. jadi keluar2 je dah ada driver resort tunggu.. tapi bersyukur ada orang jemput kiteorang sbb seriusly perjalanan ke resort mmg gelap gulita.
Phu quoc island ni ta sefamous pulau-pulau lain. masa kami berlima pergi tak ada orang malaysia langsung. semuanya mat salleh.. huhuhu. lagi pun phu quoc island ni macam pulau yang masih dara. tak banyak resort pon.. jalan dia pon mcm kampung yang penuh dengan bukit bukau ataupun hutan. haaa macam tulaa nura nak describekan.. sungguh belum ada entry lagi pasal phu quoc island ni dicarian google.
Dekat phu quoc island ni nura stay dekat LAM HA RESORT untuk 3 malam juga. order dua bilik, 1 double room dan 1 family room untuk mertua & adik ipar nura. resort ni nura sangat-sangat recommend untuk orang malaysia yang nak try pergi phu quoc island sebab resort sangat dekat dengan beach, private, jalan depan sikit tu je dah long beach. dan pantai dia pon cantik juga.. dekat lam ha resort ni bilik yang kami dapat menghadap swimming pool. swimming pool pulak 24 hours, so ape lagi buka pintu je terjun.. hahaha dan sepanjang jalan nak ke bilik tu penuh dengan pokok orkid dah macam garden pon ada.. mmg cantik dan bau orkid. Mak mertua nura dok puji-puji nura dan suami pandainya pilih resort ni, dah la tak ramai orang, swimming pool depan tu je dan sampai sekarang dok ulang-ulang kalo nak pergi resort nak yang macam LAM HA RESORT.. haihhhhh..
![]() |
Thank you to lam ha resort for the decoration. i like it |
![]() |
Ruangan bilik untuk family room, SPACIOUS |
![]() |
Penuh dengan pokok orkid seriusly resort dia berkonsepkan taman |
![]() |
ini laa lamha resort yang nura suggestkan tu.. serius best ! |
Tapi apepon bersyukur sebab dorang enjoy dengan trip ke phu quoc island. untuk aktiviti di phu quoc island ni nura amek pakej dengan resort je seorang USD25, pakej termasok transportation return, visit pearl farm, naik boat pergi 2 island untuk snorkeling, pakej termasok sekali dengan peralatan snorkeling, fishing at the boat, lunch, dan bersantai di sun beach.
So, satu harini masa kami habis dengan flight nak ke phu quoc island je. huhuhu apelagi dahh jom tidur.. tak sabar nak tunggu aktiviti untuk hari keesokkanya.
Ikuti nura ke PART 6 ya untuk aktiviti ke phu quoc island... mmuuaahhhh